tapi sejak 1 februari yang lalu, adik faris terkena sawan dan ada kesan kepada otak nya, setelah dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya, pada hari ke empat, air tulang belakang adik faris diambil dan beliau dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.
Secara ringkasnya:
Adik faris sudah menjalani 4 kali kimoterapi dan selepas itu dia akan diberi ubat tidur untuk tujuan supaya dia berehat. Adik faris menunjukkan reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan & paru2 nya masih lagi kritikal. Beliau bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas. Faris minum susu menggunakan tiub
Bil hospital adik faris untuk 21hari adalah sebanyak RM96, 957.68..... hampir mencecah rm100k. Kombinasi insuran ibu & bapa faris hanya berjumlah rm40k sahaja.
Jom kita sama2 depositkan seadanya ke akaun Maybank ibu/bapa Faris 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.
hanya gambar ini yang saya rasa saya mampu upload di sini. tak sanggup nak upload gambar close-up. kawan2 semua boleh mendapatkan cerita & gambar terkini dari semasa ke semasa di blog mazidul akmal sidek di http://www.mazidulakmal.com/
hulurkanlah bantuan untuk meringankan beban keluarga adik faris. Semoga Allah merahmati kalian semua.
Update!!! Faris meninggal dunia sebentar tadi, Al-Fatihah
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana melawat blog faiQaBeauty.
Komen anda sangat sangat kami hargai.